Malaysia legislation
Section 68
Seksyen 68
Segala suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja, yang ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana pengusahaan, pepasangan atau lain-lain harta kepunyaan pertubuhan perbadanan yang dipindahkan itu hendaklah sama berkuatkuasa dan berkesan seperti terhadap atau untuk Lembaga, dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah, sebagai ganti pertubuhan perbadanan itu, Lembaga telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi satu pihak kepadanya.