Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 6

Orang-orang yang berikut adalah hilang kelayakan dari dilantik menjadi anggota atau, jika telah dilantik, dari terus menjadi anggota:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tak daya melaksanakan tugas-tugas-nya atau menguruskan hal-ehwalnya;

(b)

seseorang yang dilarang dari menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan syarikat;

(c)

seseorang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau buruk akhlak; dan

(d)

seorang bankrap.