Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Mana-mana orang yang dengan menyalahi undangundang dan berniat jahat memotong atau membencanakan mana-mana talian elektrik kepunyaan Lembaga atau kerja-kerja dengan niat hendak memotong mana-mana bekalan elektrik atau selainnya berniat jahat menyebabkan apa-apa gangguan kepada bekalan, atau mengapi orang-orang lain supaya melakukan sedemikian boleh dihukum penjara selama lima tahun tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan seseorang dari apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau di bawah Kanun Keseksaan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama.