Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Jawatan seseorang anggota, selain dari Pengurus Besar, adalah menjadi kosong—
(a)
apabila dia mati;
(b)
jika dia tidak hadir di mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran khas daripada Pengerusi atau kebenaran tidak hadir yang diberi di bawah Akta ini dan Lembaga meluluskan suatu resolusi mengisytiharkan jawatannya kosong;
(c)
jika dia meletakkan jawatannya;
(d)
jika dia hilang kelayakan dari menjadi anggota di bawah seksyen 6;
(e)
jika perlantikannya dibatalkan oleh Menteri.