Malaysia legislation

Section 80

of AKTA LEMBAGA LETRIK SABAH 1983

Seksyen 80

Jika mana-mana meteri yang dipasang di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan dipecah tanpa kebenaran Lembaga, pengguna yang di premisnya meteri itu ditempatkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak dua ratus ringgit:

Dengan syarat bahawa jika dapat dibuktikan yang kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang selain dari pengguna, orang itu boleh dihukum seolah-olah dia adalah pengguna yang di premisnya perlanggaran itu berlaku.