Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan—
(a)
telah dilakukan mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 75 atau 76 (2); atau
(b)
telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan, atau telah dikaitkan dengan apa-apa kecuaian, oleh atau di pihak mana-mana pengarah, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas sifat sedemikian itu, maka dia dan juga pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh kena diambil tindakan dan dihukum dengan sewajarnya.