Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
Walaupun sesuatu pantai, dasar tasik, sungai, tali air, caruk, teluk atau muara adalah terliput dalam kawasan bekalan, tiada apa-apa jua boleh membenarkan Lembaga mengambil, mengguna atau dengan apa jua cara mengganggu mana-mana bahagian pantai, dasar tasik atau sungai, tali air, caruk, teluk atau muara itu atau apa-apa hak berkenaan dengannya, atau airnya, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri dan tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh sampai menghapus, memudarat, menyusut atau mengubah mana-mana estet, hak, keistimewaan, kuasa atau autoriti yang terletakhak pada atau dinikmati atau dijalankan oleh Kerajaan Sabah.