Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
untuk mengurus dan mengerjakan pepasangan elektrik kepunyaan Perbadanan, dan apa-apa pepasangan dan kelengkapan lain yang diperoleh oleh Perbadanan di bawah peruntukan Akta ini;
(b)
untuk menubuhkan, menguruskan dan mengerjakan apa-apa
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
pepasangan elektrik yang disifatkan penting oleh Perbadanan supaya ditubuhkan;
(c)
untuk memajukan dan menggalakkan penjanaan tenaga dengan tujuan untuk membangunkan ekonomi Sarawak khususnya dan Malaysia amnya;
(d)
untuk mendapatkan bekalan tenaga dengan harga yang munasabah; dan
(e)
untuk menasihat Menteri dalam semua perkara berhubungan dengan penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan tenaga.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh―
(a)
tertakluk kepada peruntukan Akta ini menjana, menghantar, mengubah bentuk, mengagihkan dan menjual tenaga sama ada secara pukal atau kepada pengguna individu di mana-mana bahagian Sarawak atau Malaysia;
(b)
membeli, membina, membina semula, menyenggara dan mengendalikan talian bekalan, stesen jana kuasa, stesen transformer, dan semua stesen, bangunan dan kerja lain yang sesuai, meliputi, tertakluk kepada pematuhan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengeluaran lesen air yang sedang berkuat kuasa, pengambilan air dari mana-mana tasik, sungai, anak sungai atau sumber alam lain, dan melakukan segala perbuatan yang perlu bagi maksud mengguna dan mengembalikan atau selainnya melupuskan air yang diambil sedemikian itu;
(c)
menjual, menyewa atau selainnya membekalkan loji elektrik dan pasangan elektrik dan memasang, membaiki, menyenggara atau memindahkan apa-apa loji elektrik dan pasangan elektrik;
(d)
memperolehi, mengikut peruntukan Akta ini, apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang disifatkan oleh Perbadanan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 19
perlu atau suai manfaat bagi maksud membina, menyambung atau rnenyenggara mana-mana pepasangan atau selainnya bagi menjalankan tugas dan fungsinya di bawah Akta ini; dan
(e)
menjalankan segala kegiatan lain yang pada pendapat
Perbadanan perlu, berfaedah atau mudah baginya menjalankan tugasnya, bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini atau dengan tujuan hendak mempergunakan dengan sebaik-baiknya mana-mana asetnya.
Bekalan
Tugas Perbadanan untuk membekalkan tenaga