Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
mendapatkan atau memperolehi, membekal dan menjual gas bagi maksud awam dan persendirian mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan gas;
(b)
mengusahakan perkembangan sumber kuasa air dalam
Negeri, dan menubuhkan stesen jana kuasa yang dikendalikan oleh kuasa hidro untuk penjanaan atau penghantaran elektrik mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kuasa hidro;
(c)
menjalankan semua aktiviti sebagaimana yang didapati oleh Perbadanan sebagai perlu, bermanfaat atau mudah baginya menjalankan untuk atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya di bawah salah satu daripada perenggan yang tersebut terdahulu itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 52 untuk mengawal selia bekalan gas dan hidroelektrik yang diperuntukkan oleh Perbadanan mengikut terma dan syarat yang
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 21
ditetapkan.
Layanan sama rata