Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 20

Bekalan bagi maksud persendirian dan kepada lampu awam

(2)

Tiap-tiap pemunya atau penduduk premis yang berkehendakkan bekalan tenaga hendaklah―

(a)

menyampaikan suatu notis kepada Perbadanan menetapkan premis yang berkenaan dengannya bekalan dikehendaki,

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 279

kuasa maksimum yang dikehendaki dibekalkan dan hari, iaitu hari yang tidak terlebih dahulu daripada suatu masa yang munasabah selepas tarikh penyampaian notis, bila bekalan itu dikehendaki dimulakan; dan

(b)

jika dikehendaki oleh Perbadanan, membuat sesuatu kontrak bertulis dengan Perbadanan untuk terus menerima dan membayar bagi bekalan tenaga, selama tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, sebanyak amaun yang bayarannya yang dikehendaki dibuat bagi bekalan itu, mengikut kadar caj yang dikenakan pada masa itu oleh Perbadanan bagi bekalan tenaga kepada pengguna biasa dalam kawasan bekalan itu, tidak boleh kurang daripada dua puluh peratus setahun atas perbelanjaan yang ditanggung oleh Perbadanan dalam mengadakan apa-apa talian bekalan yang dikehendaki di bawah seksyen ini supaya diadakan oleh

Perbadanan bagi maksud bekalan itu, dan, jika dikehendaki oleh Perbadanan, memberi sekuriti berkenaan dengan pembayaran kepada Perbadanan akan semua wang yang genap masanya dibayar oleh pemunya atau penduduk berkenaan dengan mana-mana talian bekalan yang dikehendaki dilengkapkan oleh Perbadanan, dan berkenaan dengan tenaga yang dikehendaki dibekalkan oleh

Perbadanan.

(3)

Perbadanan hendaklah, apabila menerima notis yang munasabah daripada perbandaran atau pihak berkuasa tempatan menghendaki Perbadanan supaya membekalkan tenaga kepada mana-mana lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh atau tempat awam dalam kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan disenggara oleh pihak berkuasa itu dalam jarak 100 meter dari mana-mana talian bekalan Perbadanan dalam mana Perbadanan adalah, pada masa itu, dikehendaki menyenggarakan atau sedang menyenggarakan bekalan tenaga bagi maksud bekalan am kepada pengguna persendirian, memberi dan terus memberi bekalan tenaga kepada lampuitu mengikut kuantiti sebanyak yang dikehendaki oleh pihak berkuasa itu supaya dibekalkan.

Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 23

(4)

(a)

Perbadanan tidak boleh dipaksa memberi bekalan tenaga kepada mana-mana premis melainkan jika Perbadanan dengan munasabahnya berpuas hati bahawa sistem, talian elektrik, pasangan dan kelengkapan di dalamnya adalah dalam keadaan sedia pakai dan baik, dan tidak akan pada pendapat Perbadanan mendatangkan bahaya kepada keselamatan awam atau keselamatan diri atau menjejaskan dengan mudaratnya penggunaan tenaga oleh Perbadanan atau orang lain.

(b)

Perbadanan boleh, setelah memberi bekalan tenaga berkenaan dengan mana-mana premis, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk premis itu supaya memberi, dalam masa tujuh hari selepas tarikh penyampaian notis itu, sekuriti kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran semua wang yang genap masanya dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu jika pemunya atau penduduk belum lagi memberi sekuriti itu, atau jika mana-mana sekuriti yang diberi telah menjadi tidak sah atau tidak mencukupi, dan, jika mana-mana pemunya atau penduduk itu gagal mematuhi terma notis itu, Perbadanan boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan tenaga untuk premis itu selagi kegagalan itu berterusan.

Syarat di bawah mana bekalan boleh diberhentikan