Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 21

Jika seorang pengguna atau penduduk premisnya―

(a)

menggunakan apa-apa bentuk lampu atau kelengkapan pengguna tenaga lain, atau menggunakan tenaga yang dibekalkan kepadanya oleh Perbadanan, dengan sedemikian cara hingga mengganggu dengan tidak wajar atau tidak patut kelicinan bekalan tenaga kepada mana-mana orang lain;

(b)

membuat apa-apa pengubahan pada pepasangannya yang membahayakan keselamatan awam atau keselamatan diri;

(c)

membuat apa-apa pengubahan pada pepasangannya tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Perbadanan,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 279

yang mengganggu secara tidak wajar atau tidak patut kelicinan bekalan tenaga kepada mana-mana orang lain;

(d)

tidak memberi kemudahan munasabah untuk menjalankan ujian atau membaca meter; atau

(e)

mengganggu talian bekalan, meter atau lak Perbadanan, maka Perbadanan boleh memberhentikan bekalan tenaga kepada premis itu selagi pengguna atau penduduk melakukan keingkaran berkenaan dengan mana-mana perkara itu.

(2)

Perbadanan boleh memberhentikan bekalan tenaga elektrik kepada mana-mana orang yang bayarannya berkenaan dengan bekalan tenaga elektrik adalah pada masa itu bertunggakan (yang tidak menjadi perkara pertikaian bona fide), sama ada mana-mana bayaran itu terhutang kepada Perbadanan berkenaan dengan bekalan kepada premis yang berkenaan dengannya bekalan itu dituntut atau berkenaan dengan premis lain.

(3)

Jika timbul apa-apa perselisihan tentang sama ada Perbadanan berhak di bawah peruntukan subseksyen (1) untuk memberhentikan bekalan tenaga, maka perselisihan itu hendaklah ditentukan oleh

Ketua Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik.

Pemberhentian sementara bekalan tenaga