Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 22

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Perbadanan, setelah memberi, kecuali mengenai hal kecemasan, notis sekurang-kurangnya selama dua puluh empat jam kepada pengguna yang bekalan mereka itu dicadang hendak diberhentikan buat sementara, boleh―

(a)

pada bila-bila masa tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk menyenggarakan bekalan tenaga yang berterusan kepada semua pengguna, setakat mana yang kepentingan awam menghendaki dan tanpa keutamaan tidak wajar di antara pengguna, memberhentikan daripada membekalkan

Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 25

kepada beberapa orang atau kesemua pengguna bagi tempoh yang, bagi kepentingan awam dan kepentingan pengguna, dapat menggunakan tenaga yang ada dengan cara yang baik mungkin; atau

(b)

memberhentikan bekalan tenaga bagi tempoh yang singkat bila-bila masa didapati perlu bagi maksud menjalankan kerja membaiki atau mengadakan sambungan baharu.

Section 22 — AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983