Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, dengan mengeluarkan stok, dengan kelulusan Menteri, meminjam wang dengan cara mengeluarkan debentur atau stok debentur, atau menambahkan modal dengan cara mengeluarkan syer atau stok dari apa jua jenis dan nilai dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang disifatkan suai manfaat, bagi kesemua atau mana-mana maksud berikut―
(a)
mengadakan modal kerja;
(b)
memenuhi fungsi Perbadanan di bawah Akta ini;
(c)
pengambilan pengusahaan elektrik lain;
(d)
menebus mana-mana syer atau stok yang ia dikehendaki menebus atau ia berhak menebus; dan
(e)
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Kuasa meminjam wang