Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 25

Tugas dan kuasa am Perbadanan dalam perkara kewangan

Maka adalah menjadi tugas Perbadanan menjalankan dan melaksanakan sedemikian fungsinya di bawah Akta ini bagi menjaminkan yang jumlah hasil Perbadanan adalah mencukupi untuk membiayai jumlah belanja yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil, termasuk susut nilai, dan bunga atas modal, dengan membandingkan setahun dengan setahun yang lain.