Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 26

Kadar dan skala caj bagi tenaga

(2)

Pada menetapkan tarif dan membuat perjanjian bagi pembekalan tenaga Perbadanan tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar di antara pengguna yang tinggal setempat dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi tidak wajar di antara orang yang tinggal setempat, dengan memberi perhatian kepada tempat dan waktu pembekalan, kuantiti tenaga yang dibekalkan, faktor beban dan kuasa pengguna, dan maksudnya bekalan itu diambil.

Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 27

(3)

Tarif yang genap masanya dan kena dibayar dibawah seksyen ini boleh didapatkan kembali melalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan:

Dengan syarat bahawa tiada tuntutan berkenaan dengan pembayaran tarif di bawah seksyen ini bila menjadi sah kecuali ianya dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh bila tarif itu genap masanya dan kena dibayar.

Kuasa untuk membuat perintah tetap berhubungan dengan kakitangan