Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
gaji, fi, saraan, elaun, pencen, elaun persaraan dan apa-apa
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
ganjaran yang kena dibayar di bawah sesuatu kontrak bagi pegawai, ejen dan pekhidmat, dan penasihat teknik atau penasihat lain, Perbadanan;
(b)
bunga atas mana-mana debentur dan stok debentur yang dikeluarkan, dan atas apa-apa pinjaman yang didapati oleh
Perbadanan;
(c)
jumlah wang yang dikehendaki dipindahkan kepada kumpulan wang penjelas atau sebaliknya diketepikan bagi maksud membuat peruntukan bagi menebus debentur atau stok debentur atau membayar balik wang lain yang dipinjam;
(d)
belanja mengerjakan dan menubuhkan serta perbelanjaan menyenggarakan, atau peruntukan bagi menyenggarakan, mana-mana pepasangan Perbadanan dan menjalankan perlaksanaan fungsi Perbadanan yang dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil;
(e)
apa-apa jumlah wang yang disifatkan oleh Perbadanan sebagai patut diketepikan berkenaan dengan kesusutan nilai harta Perbadanan setelah memberi perhatian kepada amaun yang diketepikan daripada hasil di bawah perenggan (c);
(f)
saraan, fi dan elaun anggota Perbadanan; dan
(g)
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Perbadanan dan dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasil.
(2)
Baki hasil Perbadanan hendaklah digunakan―
(a)
bagi mewujudkan rizab; dan
(b)
bagi membayar apa-apa bunga atas syer dan stok yang dikeluarkan oleh Perbadanan sebagaimana yang pada pendapat Perbadanan keadaan pengusahaan dan kedudukan kewangan Perbadanan membenarkan, tetapi agar supaya,
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 29
dalam hal syer atau stok biasa, kadar bunga itu tidak boleh melebihi kadar purata sebanyak enam peratus setahun daripada nilai nominalnya dengan membandingkan setahun dengan setahun yang lain.
Pelaburan wang