Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa manusia atau anggota badan daripada renjatan, lecuran, atau bencana lain akibat daripada penjanaan, pengubahan bentuk, pengagihan atau penggunaan tenaga dan meliputi bahaya kepada harta disebabkan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
kebakaran akibat daripada hal sebagaimana yang disebut terdahulu;
“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya Perbadanan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana dan/atau untuk membekalkan tenaga;
“kelengkapan” meliputi apa-apa butiran seperti mesin, transformer, radas, instrumen penyukat, alat pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan perkakas bagi maksud penjanaan, penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik;
“keselamatan awam” ertinya pengelakan daripada tertimpa bahaya kepada orang awam, harta awam dan jalan, lebuh, landasan keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, pangkalan, jambatan, loji gas, kerja air dan apurtenannya serta talian telegraf, telefon dan talian semboyan elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
“keselamatan diri” ertinya pengelakan daripada tertimpa bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;
“lebuh”meliputi sesuatu jalan, lorong, jalan kecil, laluan atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam mempunyai hak lalu lalang;
“lesen” ertinya suatu lesen untuk mengendali atau mengerjakan sesuatu pepasangan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan elektrik dan meliputi apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa sebelum pengisytiharan Akta ini;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan tenaga;
“Negeri” ertinya Negeri Sarawak;
“pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen;
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 9
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“penggerak utama” ertinya mesin yang membekalkan tenaga sawat ke penjana;
“pengguna” ertinya seseorang yang dibekalkan tenaga atau yang premisnya ada pada masa itu disambungkan dengan apa-apa sistem bekalan bagi maksud bekalan tenaga;
“pengubahan bentuk” ertinya pengubahan bentuk voltan dari voltan yang rendah kepada yang tinggi atau sebalikny a;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 12 dan meliputi mana-mana orang yang pada masa itu dilantik sedemikian untuk melaksanakan tugas Pengurus Besar;
“pepasangan”
ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan yang bertujuan untuk membekal atau menggunakan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana yang berkenaan, dan meliputi penggerak utama, jika ada, berserta semua talian bekalan dan kelengkapan pengguna, jika ada;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan yang ditubuhkan oleh seksyen 3;
“premis” meliputi mana-mana bangunan atau binaan lain dan tanah yang diduduki atau digunakan berkaitan dengannya, yang berada di bawah satu pemilikan, pendudukan atau pengurusan;
“sistem” ertinya suatu sistem elektrik dalam mana semua konduktor dan kelengkapan adalah disambungkan secara elektrik atau magnet;
“stesen janakuasa” ertinya mana-mana stesen untuk menjanakan tenaga meliputi apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu serta tapak binanya, dan meliputi tapak bina yang dicadang hendak digunakan bagi mendirikan stesen janakuasa, tetapi tidak meliputi mana-mana stesen untuk mengubah bentuk, menukar atau mengagihkan tenaga;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
“talian bekalan” ertinya konduktor atau alat-alat lain untuk menyampaikan, menghantar atau mengagihkan tenaga, berserta dengan apa-apa kelongsong, salutan, penutup, tiub, paip, penebat atau tiang yang menyarungi, mengelilingi atau menumpanginya atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa bangunan atau kelengkapan yang berkaitan dengannya bagi maksud mengubah bentuk, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;
“tenaga” ertinya tenaga elektrik yang dijana, dihantar, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran sesuatu bentuk perhubungan atau isyarat; elektrik melainkan jika ditakrifkan selainnya, adalah suatu benda sebagai mana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139];
“voltan” ertinya voltan lebih tinggi, voltan tinggi, voltan rendah dan voltan lebih rendah sebagaimana yang ditetapkan.