Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Perbadanan hendaklah rnemberi notis kepada pemunya atau penduduk tanah itu, menyatakan dengan sepenuh dan setepat yang boleh, jenis dan setakat mana tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan dan memberitahu pemunya atau penduduk akan haknya, di bawah peruntukan subseksyen (4), untuk membantah cadangan tindakan yang dimaksudkan itu.
(3)
Notis itu hendaklah disifatkan telah diberi dengan sempurna jika dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau akhir diketahui yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau, jika tempat tinggal biasa atau akhir diketahui tidak boleh ditentukan, dengan menampalkan notis itu pada suatu bahagian tanah itu yang mudah kelihatan.
(4)
Pemunya atau penduduk boleh, dalam masa empat belas hari penerimaan notis itu, membuat suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh Perbadanan. Bantahan itu hendaklah dibuat kepada Pengarah Tanah dan Ukur, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan Pengarah Tanah dan Ukur hendaklah memberi notis tentang bantahan itu kepada Perbadanan.
(5)
Jika tiada bantahan dibuat dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), maka Perbadanan boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis itu.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 31
(6)
Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendengarannya itu, maka Pengarah
Tanah dan Ukur hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi kesemua pihak peluang untuk didengar.
(7)
Setelah tamat siasatan itu atau setelah menerima syor tersebut,
Pengarah Tanah dan Ukur boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketetapan yang difikirkannya patut, membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis itu.
Penyenggaraan dan pembaikan pemasangan