Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 33

Bila-bila masa .sahaja perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggara atau memperbaiki pepasangan kepunyaan Perbadanan atau mana-mana bahagian daripadanya, Perbadanan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan bagi maksud itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana tanah atas, di bawah atau di atasnya talian bekalan itu telah diletakkan, ditempatkan atau dibawa, atau di atasnya tiang atau kelengkapan lain telah didirikan, dan boleh menjalankan segala kerja pembaikan yang perlu, dan boleh, pada masa menjalankannya itu, menebang atau mencantas pokok, membuang tumbuh-tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan sedikit mungkin kerosakan dan membayar pampasan penuh kepada semua orang yang berkepentingan atas apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan dengannya itu yang mana pampasan baginya belum lagi dibayar atau dipersetujui dibayar di bawah seksyen 32.

Pengalihan atau pengubahan talian bekalan, dll.