Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Jika Perbadanan tidak mematuhi rekuisisi itu maka orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang boleh, selepas menyiasat semua fakta mengenai kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat, berkenaan dengan pengalihan atau pengubahan talian, tiang atau kelengkapan itu dan perintah itu hendaklah membuat peruntukan mengenai pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu oleh Perbadanan atau oleh orang yang membuat permohonan itu sebagaimana difikirkan saksama oleh Pengarah Tanah dan Ukur mengikut keadaan kes itu.
(3)
Apabila talian bekalan telah diletakkan, atau tiang atau kelengkapan didirikan, di atas Tanah Kerajaan, dan tanah itu kemudiannya diberi hakmilik kepada mana-mana orang, maka pemunya atau penduduk tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberian hakmilik itu memperuntukkan dengan nyata selainnya, menghendaki dialihkan ke suatu bahagian lain dalam tanah itu, atau satu aras lebih tinggi atau yang lebih rendah, atau diubahkan talian, tiang atau kelengkapan itu dan peruntukan subseksyen (1) dan (2)
adalah terpakai bagi apa-apa jua rekuisisi itu:
Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah ditanggung oleh orang yang membuat rekuisisi itu.
Rayuan kepada Menteri