Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Perbadanan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Perbadanan bagi maksud itu boleh, tertakluk kepada undang-undang kecil yang berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan, menyebabkan besi lampu, tiang lampu, bahan penebat, braket, umbang, rozet atau kelengkapan lain untuk didirikan atau dipasang pada atau bersandarkan dinding atau pagar kubu mana-mana rumah, bangunan atau kepungan yang disifatkan patut, dengan melakukan sedikit kerosakan yang mungkin praktik dan membuat pindaan yang mencukupi dengan cara pembaikan, restorasi atau pampasan kepada semua orang yang berkepentingan kerana kerosakan yang dilakukan itu, dan bolehmenyebabkan beberapa lampu daripada berbagai saiz dan jenis diletak dan dilekatkan pada mana-mana besi lampu, tiang lampu dan braket yang disifatkan perlu dan boleh menyebabkan yang demikian itu diterangi pada waktu yang disifatkan perlu oleh perbandaran atau pihak berkuasa tempatan.
Kerja-kerja