Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 37

Kuasa untuk memecahkan lebuh, dll., di bawah pengawasan, dan untuk membuka parit

(a)

membuka dan memecahkan tanah dan lapik batu beberapa lebuh dan jambatan dalam kawasan bekalan Perbadanan;

(b)

membuka dan memecahkan mana-mana betung, parit atau terowong di dalam atau di bawah lebuh dan jambatan itu dan meletakkan serta menempatkan, dalam had kawasan yang sama, talian bekalan dan kerja lain dari, dari semasa ke semasa membaiki, mengubah atau mengalihkannya;

(c)

bagi maksud yang disebut terdahulu, mengalih dan menggunakan semua tanah dan bahan di dalam dan di bawah lebuh dan jambatan itu; dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 279

(d)

di lebuh itu, mendirikan apa-apa tiang, tonggak, lampu dan kerja lain dan melakukan segala tindakan lain yang disifatkan perlu oleh Perbadanan dari semasa ke semasa bagi membekalkan elektrik kepada penduduk dalam kawasan bekalan Perbadanan, dengan melakukan sedikit mungkin kerosakan dalam melaksanakan kuasa yang dengan ini diberi, dan memberi pampasan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin dilakukan dalam melaksanakan kuasa itu, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang boleh dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika Perbadanan bercadang hendak mendirikan atau telah mendirikan dalam mana-mana lebuh, apa-apa tiang, tonggak, lampu atau kerja lain, atau bercadang hendak meletak atau telah meletakkan suatu talian bekalan di sepanjang mana-mana lebuh, maka Ketua

Pengarah Jemaah Pemeriksa Elektrik atau, berkenaan dengan mana-mana lebuh dalam kawasan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan, perbandaran atau pihak berkuasa tempatan itu, mengikut mana yang berkenaan, boleh, walau apa pun peruntukan lain dalam

Akta ini, dengan notis secara bertulis menghendaki Perbadanan supaya mengubah kedudukan tiang, tonggak, lampu, kerja-kerja atau talian bekalan lain itu, tertakluk kepada syarat yang, jika tiada perjanjian di antara pihak itu, boleh ditentukan oleh Menteri.

Syarat tentang pengawasan pemecahan lebuh

Section 37 — AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983