Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
Tiada apa-apa lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu boleh, kecuali dalam masa kecemasan, dibuka atau dipecahkan, kecuali di bawah pengawasan orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan ke atasnya atau pegawai mereka, dan mengikut apa-apa pelan yang diluluskan oleh orang itu atau pegawai mereka atau, jika berlaku apa-apa perselisihan berkenaan dengan pelan itu, mengikut pelan yang ditentukan oleh Menteri yang boleh, atas permohonan orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan itu, atau pegawai mereka, menghendaki Perbadanan supaya membuat apa-apa kerja sementara atau kerja lain sebagaimana difikirkannya perlu oleh pemohon untuk mengawal terhadap apa-apa gangguan ke atas
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 35
perparitan semasa melaksanakan apa-apa kerja yang menghalang betung atau parit:
Dengan syarat bahawa, jika orang yang mempunyai kawalan atau pengurusan tidak hadir pada masa yang ditetapkan bagi pembukaan mana-mana lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong itu, selepas mendapat notis mengenai niat Perbadanan, atau tidak mencadangkan apa-apa pelan untuk memecah atau membukanya, atau enggan atau cuai mengawasi kendalian itu, Perbadanan boleh melaksanakan kerja yang dinyatakan dalam notis itu tanpa pengawasan orang-orang itu atau pegawai mereka.