Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 39

Lebuh, dll., yang dipecahkan hendaklah dibaiki semula tanpa kelengahan

Perbadanan membuka atau memecahkan jalan atau lapik batu mana-mana lebuh atau jambatan, atau mana-mana betung, parit atau terowong, Perbadanan hendaklah, dengan segala kepantasan yang sesuai menyiapkan kerja yang dipecahkan itu dan menimbusnya dan memulihkan dan memperbaiki jalan atau lapik batu itu, atau betung, parit atau terowong yang dibuka atau dipecahkan sedemikian, dan membuang sampah yang disebabkan oleh kerja itu, dan hendaklah pada setiap masa, semasa mana-mana jalan atau lapik batu itu dibuka atau dipecahkan sedemikian itu, menyebabkannya dipagar dan dikawal dan hendaklah menyebabkan diadakan dan disenggara alat yang mengeluarkan cahaya yang cukup untuk memberi amaran kepada orang ramai pada atau berhampiran dengan jalan atau lapik batu itu di mana ianya hendak dibuka atau dipecahkan pada tiap-tiap malam, sebelum matahari turun dan sehingga matahari terbit, dalam masa mana ianya hendaklah terus dibuka atau dipecahkan dan hendaklah menjaga jalan atau lapik batu yang telah dipecahkan itu supaya berada dalam keadaan baik untuk selama tiga bulan selepas mengganti dan memperbaikinya, dan untuk masa yang lebih lanjut, jika dikehendaki, tidak lebih enam bulan pada keseluruhannya, oleh kerana tanah yang dipecahkan sedemikian terus mendap.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 279

Notis hendaklah disampaikan kepada orang yang mempunyai kawalan, dll., sebelum memecahkan lebuh atau membuka parit

Section 39 — AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983