Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Maka dengan ini ditubuhkan suatu perbadanan yang dikenali sebagai “Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak” atau dalam bahasa
Inggerisnya “Sarawak Electricity Supply Corporation”, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya yang tersebut, dan hendaklah kekal turun-temurun, dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan,
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 11
menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan mengikut apa-apa terma yang disifatkannya patut oleh Perbadanan.