Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 40

Sebelum

Perbadanan meneruskan untuk membuka atau memecahkan mana-mana lebuh, jambatan, betung, parit atau terowong, Perbadanan hendaklah memberi kepada orang yang di bawah kawalan atau pengurusannya yang demikian itu berada, atau kepada pegawai mereka, notis secara bertulis mengenai niatnya, tidak kurang daripada tujuh hari genap sebelum permulaan kerja itu, kecuali dalam hal kecemasan yang berbangkit daripada kecacatan pada mana-mana talian bekalan atau kerja-kerja lain,dan kemudiannya secepat yang mungkin selepas permulaan kerja itu, atau selepas keperluan mengadakannya berbangkit.