Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 37
(a)
bukti pemasangan apa-apa sawat atau alat lain, atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan penting, pada, dari atau bagi mana-mana kelengkapan yang boleh memudahkan penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang hendaklah, terhadap orang yang memasang atau mengalihkannya, atau menyebabkannya dipasang atau dialih, atau mempunyai kawalan ke atas kelengkapan itu, menjadi keterangan prima facie tentang penarikan, penggunaan habis atau penggunaan dengan curang; dan
(b)
kewujudan alat-alat tiruan bagi mengubahkan indeks mana-mana meter, atau kewujudan alat tiruan bagi mengalihkan mana-mana bahagian dari mana-mana kelengkapan bagi maksud menghalang mana-mana meter atau instrumen
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
daripada mendaftar dengan wajar kuantiti tenaga yang dibekalkan atau bagi maksud penarikan, penggunaan habis atau penggunaan tenaga dengan curang, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan bahawa perubahan, penghalangan, penarikan, penggunaan habis atau penggunaan itu, mengikut mana yang berkenaan, telah disebabkan dengan cara fraud, dengan diketahui dan dengan sengaja oleh pengguna yang menggunakan meter atau instrumen itu dan orang yang mempunyai kawalan ke atas pepasangan di mana ianya dipasangkan, atau bahawa pengguna atau orang itu telah bersubahat melakukan kesalahan mengubah, menghalang, menarik, mengguna habis atau mengguna itu, mengikut mana yang berkenaan.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan