Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 44

Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan―

(a)

telah dilakukan mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 43; atau

(b)

telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan, atau telah diikatkan dengan apa-apa kecuaian, oleh atau di pihak mana-mana pengarah, setiausaha atau .pegawai yang seumpamanya pertubuhan perbadanan itu, atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas sifat sedemikian itu maka dia dan juga pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh kena dikenakan tindakan dan dihukum dengan sewajarnya.

Mendapatkan balik penalti, dsb.