Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 46

(a)

apa-apa pengusahaan, pepasangan atau harta lain, yang menjadi pengusahaan, pepasangan, atau harta lain kepunyaan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1962 [Ord. 25/62] yang dimansuhkan itu (kemudian daripada ini disebut “pertubuhan perbadanan” dalam

Bahagian ini) dipindahkan kepada Perbadanan; dan

(b)

apa-apa stok yang dikeluarkan kepada Setiausaha Kewangan

Negeri yang diperbadankan oleh Ordinan Setiausaha

Kewangan Negeri (Perbadanan) [Sarawak Bab 103], untuk dipegang bagi maksud

Kerajaan

Negeri

Sarawak, dipindahkan kepada

Menteri

Kewangan, yang diperbadankan oleh

Ordinan

Menteri

Kewangan

(Perbadanan) 1957 [Akta 375], untuk dipegang bagi maksud

Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Persekutuan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar berkenaan dengannya itu, apa-apa pampasan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, sebagaimana dipersetujui oleh, dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa pengusahaan,

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 279

pepasangan atau harta lain hendaklah bererti, termasuk, segala loji, tanah, kerja dan harta lain, harta alih atau harta tak alih, aset, kuasa, hak dan keistimewaan yang dipegang atau dinikmati berkaitan dengan atau berkenaan dengannya.

Kontrak, dsb., yang sedia ada