Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja, yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana pengusahaan, pepasangan atau harta lain kepunyaan pertubuhan perbadanan yang dipindahkan itu, hendaklah sama berkuat kuasa dan berkesan seperti terhadap atau untuk Perbadanan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah, Perbadanan telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi satu pihak kepadanya menggantikan pertubuhan perbadanan itu.