Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Meterai perbadanan
(2)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai
Perbadanan di hadapan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, dan
Setiausaha Perbadanan atau orang yang lain yang diberi kuasa oleh
Perbadanan untuk bertindak bagi pihaknya, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang meterai itu perlu dicapkan, dan tandatangan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajar dan sempurnanya dan bahawa meterai itu adalah meterai
Perbadanan yang sah:
Dengan syarat bahawa sesuatu dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki menggunakan meterai boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmatnya yang diberi kuasa secara am atau khas secara bertulis untuk bertindak sedemikian.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
Keanggotaan Perbadanan
Keanggotaan Perbadanan