Malaysia legislation

Section 52

of *AKTA PERBADANAN PEMBEKALAN LETRIK SARAWAK 1983

Seksyen 52

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mengadakan peruntukan―

(a)

bagi kadar dan harga yang hendak dikenakan bagi bekalan tenaga kepada pengguna;

(b)

bagi caj yang dikenakan untuk sewaan kelengkapan kepada pengguna;

(c)

bagi perkara berkenaan dengan syer, stok, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan, khususnya, cara mengeluarkan, memindah milik, menebus, atau urusniaga lain mengenai syer, stok, debentur atau stok debentur itu,

(d)

bagi pengawalseliaan bekalan gas dan hidroelektrik;

(e)

bagi penetapan saraan dan elaun bagi anggota Perbadanan;

(f)

bagi perkara berhubungan dengan meter; dan

(g)

bagi penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Kuasa untuk membuat kontrak gerenti atau tanggung rugi