Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Penegrusi;
(c)
Pengurus Besar yang tidak berhak mengundi di mesyuarat
Perbadanan,; dan
(d)
tidak lebih daripada tujuh anggota lain, yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa bilangan pegawai tidak boleh melebihi bilangan anggota bukan pegawai.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, anggota Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Jika mana-mana anggota Perbadanan tidak ada buat sementara di Sarawak atau kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya buat sementara untuk bertindak, Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk bertindak mengambil tempat anggota itu buat sementara:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dilantik untuk bertindak mengambil tempat Pengerusi atau Timbalan Pengerusi buat sementara kecuali dia adalah seorang anggota Perbadanan.
(4)
Jika pada bila-bila masa Menteri mendapati bahawa pemecatan kesemua atau mana-mana anggota Perbadanan adalah perlu bagi kepentingan melaksanakan dengan efektif dan ekonomis fungsi Per-badanan di bawah Akta ini, Menteri boleh memecat, tanpa memberi apa-apa sebab, kesemua atau mana-mana anggota Perbadanan.
(5)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, menerima peletakan
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 13
jawatan mana-mana anggota Perbadanan.
(6)
Pengerusi boleh, melalui surat cara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, selain fungsi yang disebut dalam subseksyen 4(2), yang diberi kepada Pengerusi oleh atau di bawah
Akta ini.
Anggota Perbadanan hendaklah melupuskan kepentingan dalam mana-mana pengusahaan elektrik di Sarawak