Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 10

(2)

Jika selepas tamat tempoh tersebut, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini tidak puas hati

22

Undang-Undang Malaysia bahawa premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh perintah itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya maka

Pengarah atau pegawai itu boleh, melalui surat cara bertulis, menyampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan bahawa—

(a)

premis makanan itu tidak boleh disenggarakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan apa-apa makanan atau, berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan; dan

(b)

perkakas itu tidak boleh digunakan dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali, membekalkan makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, sehingga pegawai diberi kuasa telah memberi atau selainnya disifatkan telah memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, mengikut mana yang berkenaan, suatu perakuan secara bertulis menyatakan bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci.

(3)

Tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas yang perintah di bawah subseksyen (2) disampaikan kepadanya boleh pada bila-bila masa selepas perintah itu disampaikan meminta, secara bertulis, Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini supaya menyebabkan premis makanan atau perkakas itu diperiksa oleh seorang pengawai diberi kuasa di suatu tempat yang dinyatakan dalam surat permintaan itu.

(4)

Jika permintaan dibuat sedemikian, premis makanan atau perkakas yang dimaksudkan oleh permintaan itu hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini dan pegawai diberi kuasa yang

Makanan 23

menjalankan pemeriksaan itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa premis makanan atau perkakas itu telah dibersihkan dan disucikan keadaannya dan berada dalam keadaan bersih dan suci, memberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan atau tuan punya atau pemunya perkakas itu, suatu perakuan yang bermaksud demikian.

(5)

Jika permintaan dibuat sedemikian dan premis makanan atau perkakas itu tidak diperiksa oleh seorang pegawai diberi kuasa dalam tempoh tujuh hari selepas permintaan itu diterima oleh Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini, suatu perakuan mengenai premis makanan atau perkakas itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi kepada tuan punya, pemunya atau penduduk premis makanan itu atau tuan punya atau pemunya perkakas itu.

(6)

Jika perintah di bawah subseksyen (2) telah disampaikan kepada tuan punya, pemunya atau penduduk mana-mana premis makanan atau kepada tuan punya atau pemunya mana-mana perkakas dan perakuan baginya belum lagi kemudiannya diberi atau selainnya tidak disifatkan telah diberi, maka mana-mana orang yang―

(a)

menyimpan atau mengguna premis makanan itu atau mana-mana bahagian daripada premis makanan itu bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan atau penjualan atau berkenaan dengan kenderaan, bagi pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan;

atau

(b)

menggunakan perkakas itu dalam atau bagi menyediakan, mengawet, membungkus, mengendali atau membekalkan apa-apa makanan atau menghidangkan apa-apa makanan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

24

Undang-Undang Malaysia

Penutupan premis tidak suci

Section 10 — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my