Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini boleh secara bertulis memerintahkan penutupan serta-merta tidak lebih daripada empat belas hari mana-mana premis yang menyediakan atau menjual makanan di mana Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini adalah berpendapat bahawa premis itu tidak dibersihkan dan disucikan keadaannya hingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan, dan tuan punya, pemunya atau penduduk premis yang tidak mematuhi perintah itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.