Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 12

Sabitan disiarkan dalam akhbar

Suatu pemberitahuan yang mengandungi nama dan pekerjaan mana-mana orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berserta dengan tempat atau tempat-tempat perniagannya, jenis kesalahan dan denda, lucut hak dan penalti lain yang dikenakan hendaklah, jika mahkamah memerintahkan sedemikian, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang beredar di Malaysia atau di mana-mana bahagiannya, dan mahkamah itu selanjutnya hendaklah mengarahkan orang yang disabitkan itu supaya membayar kos penyiarannya dan kos sedemikian itu hendaklah disifatkan seolah-olah ia suatu denda yang dijatuhkan oleh mahkamah itu.