Malaysia legislation

Section 13B

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 13B

(2)

Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa makanan hendaklah disifatkan sebagai diadukkan jika—

(a)

makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang dengan apa-apa jua cara menyusutkan sifat pemakanannya atau sifatnya yang lain yang berfaedah berbanding dengan makanan itu dalam keadaan tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan baik, atau yang dengan apa-apa jua cara lain mendatangkan atau mungkin mendatangkan mudarat atau kerugian kepada pembeli atau pengguna;

(b)

apa-apa bahan atau ramuan telah dikeluarkan, kesemuanya atau sebahagiannya, atau ditinggalkan, daripada makanan itu dan oleh sebab pengeluaran atau peninggalan itu, sifat pemakanan atau sifat berfaedahnya yang lain dalam makanan itu adalah kurang daripada sifat-sifat makanan itu dalam keadaannya yang tertentu, atau makanan itu mendatangkan atau mungkin mendatangkan mudarat atau kerugian kepada pembeli atau pengguna;

(c)

makanan itu mengandungi atau dicampurkan atau dicairkan dengan apa-apa bahan yang nilai perdagangannya lebih rendah daripada nilai makanan itu dalam keadaan yang tulen, biasa atau tertentu dan dalam keadaan tidak merosot dan baik;

(d)

makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang penambahannya tidak dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

makanan itu tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(f)

makanan itu mengandungi apa-apa bahan yang bahagiannya adalah lebih besar daripada bahagian yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

28

Undang-Undang Malaysia

(g)

makanan itu dicampurkan, diwarnakan, diserbukkan, disalutkan, digandamkan, disediakan atau selainnya diperlakukan dengan suatu cara yang membolehkan kerosakan atau kerendahan mutunya disembunyikan; atau

(h)

makanan itu terkandung dalam suatu bungkusan, dan kandungan bungkusan itu sebagaimana yang dibungkus pada asalnya telah dikeluarkan kesemuanya atau sebahagiannya dan kandungan lain telah diletakkan dalam bungkusan itu.

(3)

Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (2)(d), penambahan apa-apa bahan dalam makanan hendaklah disifatkan tidak dibenarkan atau hendaklah disifatkan dilarang oleh atau di bawah Akta ini jika standard atau spesifikasi yang ditetapkan bagi makanan itu melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tidak mengadakan peruntukan secara nyata bagi penambahan bahan itu

(4)

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Mengalihkan makanan dari premis makanan