Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 16

Mana-mana orang yang menyedia, membungkus, melabel atau menjual apa-apa makanan dengan suatu cara yang palsu, mengelirukan atau memperdayakan berkenaan dengan sifat, jenis, nilai, bahan, kualiti, komposisi, merit atau keselamatan, kekuatan, ketulenan, berat, asal usul, lama atau bahagian kandungannya atau bersalahan dengan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.