Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini sesuatu perakuan analisis yang berupa sebagai ditandatangani oleh juruanalisis boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dengan syarat bahawa—
(i)
pihak yang terhadapnya perakuan itu dikemukakan mungkin menghendaki kehadiran juruanalisis itu bagi maksud pemeriksaan balas jika suatu notis yang menghendaki kehadiran juruanalisis itu telah diberikan kepada pendakwa tiga hari genap sebelum perbicaraan;
dan
(ii)
tiada satu pun perakuan daripada juruanalisis boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika pihak yang bermaksud hendak mengemukakannya telah pun sebelum
34
Undang-Undang Malaysia perbicaraan itu memberi notis sepuluh hari genap tentang cadangan itu berserta dengan satu salinan perakuan itu, kepada pihak yang terhadapnya perakuan itu dimaksud hendak dikemukakan.
Mahkamah boleh memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis