Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini—
(a)
keterangan bahawa bungkusan yang mengandungi apa-apa makanan yang baginya Akta ini terpakai menunjukkan nama, alamat atau tanda berdaftar seseorang pengimport, pengilang atau pembungkus, atau pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau seseorang ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa makanan itu adalah diimport, dikilangkan atau dibungkus, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap seorang daripada orang yang
Makanan 35
namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu;
(b)
apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia, yang dijual atau ditawarkan, didedahkan atau disimpan untuk dijual hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai telah dijual atau, mengikut mana yang berkenaan, dimaksudkan untuk dijual sebagai makanan manusia;
(c)
apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia yang terdapat di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual bahan itu dan apa-apa bahan yang biasanya diguna dalam mengilang keluaran untuk makanan manusia yang didapati di premis yang digunakan untuk menyedia, menyimpan atau menjual keluaran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk dijual atau untuk mengilang keluaran untuk dijual sebagai makanan manusia; dan
(d)
apa-apa bahan yang boleh digunakan dalam komposisi atau penyediaan apa-apa bahan yang biasanya diguna untuk makanan manusia yang terdapat di premis di mana bahan itu disediakan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk penggunaan yang sedemikian itu.
Tidak menjadi pembelaan jika kesalahan tidak dilakukan dengan sengaja