Malaysia legislation

Section 23A

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 23A

Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah

Akta ini, tiada keterangan pakar boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir sepuluh hari genap sebelum perbicaraan, orang yang dipertuduh dengan kesalahan itu telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis bahawa dia bermaksud untuk mengemukakan keterangan pakar, dan hendaklah menzahirkan dalam notis itu nama pakar dan sifat keterangan pakar itu; dan hendaklah juga melampirkan sesalinan apa-apa dokumen yang hendak dikemukakan oleh pakar itu dalam perbicaraan itu.

Section 23A — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my