Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Pembelian dan penjualan sampel makanan di bawah peruntukan Akta ini bagi maksud analisis hendaklah disifatkan sebagai pembelian dan penjualan makanan itu sebagai makanan manusia melainkan penjual membuktikan bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil itu bukannya ditawar, didedahkan atau dimaksud untuk dijual sebagai makanan manusia.
(3)
Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau bermaksud hendak menjual apa-apa makanan jika dia menjual atau bermaksud hendak menjual sebagai makanan manusia apa-apa makanan yang menjadi suatu juzuk dalam makanan yang sedemikian itu.
Tidak menzahirkan maklumat