Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat yang didapati olehnya berkaitan dengan pentadbiran atau pelaksanaan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan apa-apa proses pengilangan atau rahsia perdagangan yang digunakan pada menjalankan apa-apa perdagangan, perindustrian atau proses tertentu adalah, melainkan jika penzahiran itu dibuat bagi maksud Akta ini atau mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini atau dengan persetujuan orang yang menjalani perdagangan, perindustrian atau proses itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Tanggungan pengimport, pengilang, pembungkus, dsb.