Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 28

Jika makanan yang berkaitan dengannya terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini adalah dijual dalam bungkusan tidak berbuka, mana-mana orang yang kelihatan daripada apa-apa pernyataan yang terdapat pada bungkusan itu atau yang terlampir pada bungkusan itu telah mengimport atau mengilang atau menyediakan makanan itu atau telah membungkusnya dalam bungkusan itu, atau menjadi pemunya hak pengilang atau pembungkus, atau menjadi ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah mengimport, mengilang, menyediakan atau membungkus makanan itu dalam bungkusan tidak berbuka itu dan boleh dikenakan penalti yang sama seolah-olah dia telah sebenarnya menjual makanan itu dalam bungkusan itu.

Makanan 39

Section 28 — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my