Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 29

(2)

Jika sesuatu makanan yang hendak diimport ke dalam

Malaysia adalah makanan diproses dalam bentuk sempurna dan jika dijual dalam Malaysia akan menjadi suatu kesalahan berhubung dengan pelabelan maka makanan itu boleh diimport ke dalam

Malaysia bagi maksud melabelkannya semula supaya peruntukan

Akta ini berhubung dengan pelabelan dipatuhi.

(3)

Jika sesuatu makanan yang hendak diimport ke dalam

Malaysia adalah makanan mentah atau separa proses dan jika dijual dalam Malaysia akan menjadi suatu kesalahan maka makanan itu boleh diimport ke dalam Malaysia bagi maksud memproses semula atau memperbaiki mutu makanan itu supaya peruntukan Akta ini dipatuhi.

(4)

Jika makanan yang sedemikian itu diimport ke dalam Malaysia bagi maksud pelabelan semula, pemprosesan semula atau perbaikan mutu dan makanan itu tidak dilabel semula, diproses semula atau diperbaiki mutunya dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan, maka makanan itu hendaklah dieksport oleh pengeksport dalam tempoh dua bulan atau sesuatu tempoh lain yang akan ditentukan oleh Menteri dan jika makanan itu tidak dieksport sedemikian ia hendaklah dilucuthakkan dan dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(5)

Pengarah boleh menghendaki pengimport supaya melabel semula atau memproses semula atau memperbaiki mutu makanan itu di suatu kawasan ditetapkan di bawah penyeliaan seorang pegawai diberi kuasa untuk memastikan bahawa pelabelan semula,

40

Undang-Undang Malaysia pemprosesan semula atau perbaikan mutu makanan itu mematuhi peruntukan Akta ini.

(6)

Menteri boleh mengecualikan mana-mana makanan atau kelas makanan daripada peruntukan seksyen ini.

Waranti