Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahan sayuran” ertinya apa-apa pokok atau bahagian sesuatu pokok, dan meliputi batang, akar, kulit, ubi, rizom, daun, tangkai, jambak bunga, tunas, pucuk bunga, buah dan benih atau patinya;

“binatang” meliputi apa-apa jua binatang berkaki empat atau burung sama ada peliharaan atau sebaliknya, ikan, haiwan reptilia atau serangga, kesemua atau sebahagiannya diguna untuk makanan manusia;

“bungkusan” meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup;

“iklan” meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan secara langsung atau secara tidak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan akan apa jua makanan;

“import” ertinya membawa masuk atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, air atau udara bagi maksud jualan dari mana-mana tempat di luar Malaysia tetapi tidak meliputi membawa masuk ke dalam Malaysia akan apa-apa makanan yang dibuktikan adalah dimaksudkan untuk dibawa ke luar Malaysia dalam kenderaan, vesel atau pesawat udara itu juga yang membawa masuk makanan itu ke dalam Malaysia tanpa memindah kapal atau mendarat di mana-mana;

“juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 3;

“keraian” meliputi apa-apa perhimpunan sosial atau bentuk perhimpunan lain, hiburan, pesta, pameran, pertunjukan, permainan, pertandingan, sukan atau ujian kemahiran;

Makanan 9

“kesalahan boleh kompaun” ertinya kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan boleh kompaun;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian

Kesihatan;

“label” meliputi apa-apa tek, jenama, tanda, benda bergambar atau perkara perihalan lain yang bertulis, bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul atau dicap pada apa-apa makanan atau dilekatkan pada apa-apa makanan atau dimasukkan ke dalam makanan menjadi sebahagian daripada makanan atau disertakan dengan apa-apa makanan;

“lak” meliputi penahanan secara pukal apa-apa makanan yang sampelnya telah diambil untuk analisis, sementara menanti keputusan analisis itu;

“makanan” meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan, pengawetan apa-apa makanan atau minuman dan meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, gula-gula atau benda kunyahan itu;

“makmal diluluskan” ertinya sesuatu makmal yang diluluskan oleh

Menteri di bawah seksyen 3A;

“menjual atau penjualan” merujuk semata-mata kepada penjualan untuk dimakan atau digunakan oleh manusia dan meliputi tukar barang dan tukar ganti, menawarkan atau cuba untuk menjual, menyebabkan atau membenarkan untuk dijual, mendedahkan bagi penjualan, menerima, menghantar, mengirim atau menghantar serah bagi penjualan atau tukar ganti atau menurut penjualan atau tukar ganti itu, membekalkan apa-apa makanan apabila balasan akan diterima oleh pembekal bagi pembekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan, atau memiliki apa-apa makanan bagi penjualan atau tukar ganti, atau memiliki apa-apa makanan atau perkakas dengan

10

Undang-Undang Malaysia mengetahui bahawa makanan atau perkakas itu mungkin akan dijual atau ditawarkan atau dipamerkan atau didedahkan bagi penjualan atau dilupuskan bagi apa-apa balasan, dan termasuklah penjualan secara elektronik;

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai kesihatan perubatan atau mana-mana penolong pegawai kesihatan persekitaran dari Kementerian Kesihatan atau dari mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3;

“pemeriksaan doktor”

meliputi pemeriksaan jasmani, mikrobiologikal, kimia, serologikal dan radiologikal, dan pemeriksaan itu boleh meliputi pengambilan spesimen daripada apa-apa bendalir badan, tisu atau benda buangan untuk pemeriksaan atau analisis;

“Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan

Awam), Kementerian Kesihatan;

“pengimport” meliputi mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, konsainor, konsaini, ejen atau broker, ada memiliki, atau sebaliknya adalah berhak menjaga atau mengawal, makanan pengimportan itu;

“penyediaan” meliputi pengilangan, pembungkusan, pemprosesan dan apa jua bentuk pengawetan;

“Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa” ertinya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa sebagaimana yang diterima pakai oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia dalam tahun 1969 dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

“perkakas” meliputi kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa alat perkakas, jentera, instrumen, radas atau barang yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan;

“premis” meliputi—

Makanan 11

(a)

apa-apa bangunan atau khemah atau apa-apa struktur lain, kekal atau sebaliknya berserta dengan tanah di mana terletaknya bangunan, khemah atau struktur lain itu dan mana-mana tanah bersempadanan yang digunakan berkaitan dengannya dan apa-apa kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara; dan

(b)

bagi maksud seksyen 4, sesuatu lebuh, tanah lapang atau tempat peranginan awam atau basikal atau apa-apa kenderaan yang diguna untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan;

“premis makanan” ertinya premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan, atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan;

Section 2 — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my