Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 31

(a)

dia membeli barang yang dijual olehnya berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain tentang jenis makanan yang dibeli dan ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya defendan itu membelinya;

(b)

dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan bertulis itu; dan

(c)

jika makanan itu telah sebenarnya menepati waranti atau pernyataan bertulis itu, maka penjualan makanan itu oleh

Makanan 41

defendan tidak akan menjadi kesalahan yang dia dipertuduhkan itu.

(2)

Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain yang diberi atau dibuat oleh orang yang bermastautin di luar

Malaysia boleh menjadi apa-apa pembelaan di bawah seksyen ini melainkan defendan membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah bagi menentukan, dan telah sebenarnya mempercayai kebenaran perkara yang dinyatakan dalam waranti atau pernyataan bertulis itu.

(3)

Tiada apa-apa waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain boleh menjadi apa-apa pembelaan dalam apa-apa pendakwaan melainkan defendan—

(a)

telah dalam tempoh empat belas hari selepas penerimaan waranti atau pernyataan itu memberi satu salinannya kepada Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya dalam hal tertentu ini; dan

(b)

telah dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaian saman itu menyerahkan kepada pendakwa satu salinan waranti atau pernyataan itu berserta dengan notis bertulis yang menyatakan bahawa dia bermaksud hendak bergantung kepadanya dan menyebutkan nama dan alamat orang yang daripadanya dia menerimanya dan dalam tempoh yang sama juga menghantar melalui pos berdaftar suatu notis yang serupa itu tentang cadangannya kepada orang itu.

(4)

Apabila defendan adalah seorang ejen atau pekhidmat bagi seseorang yang membeli makanan di bawah suatu waranti atau pernyataan bertulis yang sedemikian itu maka dia adalah berhak mendapat faedah seksyen ini mengikut cara yang sama dan setakat yang sama seperti keadaan prinsipal atau majikannya, sekiranya dia menjadi defendan:

Dengan syarat bahwa ejen atau pekhidmat itu membuktikan selanjutnya bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu.

42

Undang-Undang Malaysia

Penalti kerana waranti palsu

Section 31 — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my