Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Apa-apa pembayaran kompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibuat di tempat yang dinyatakan dalam notis di bawah seksyen 32B dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, dalam hal jika pelanjutan tempoh diberikan, dalam tempoh itu.
(3)
Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat; dan
(b)
apa-apa makanan atau perkakas yang disita hendaklah dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada
44
Undang-Undang Malaysia orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pengarah atau pegawai diberi kuasa selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan keadaan makanan atau perkakas itu, dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil berkenaan dengan makanan itu.
(4)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
(5)
(Dipotong oleh Akta A1266).
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan