Malaysia legislation

Section 33A

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 33A

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, maka mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan

Makanan 45

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Perlindungan terhadap prosiding undang-undang