Malaysia legislation
Section 33B
Seksyen 33B
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai diberi kuasa atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya bagi tujuan menguatkuasakan Akta ini melainkan jika dibuktikan bahawa perbuatan itu dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan niat jahat dan tanpa kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu adalah perlu bagi melaksanakan tujuan yang dimaksudkan olehnya.